Prosedur Pecah Geran Tanah di Terengganu, Malaysia

Prosedur Pecah Geran Tanah di Terengganu, Malaysia

Berikut adalah beberapa prosedur pecah geran tanah:

1. Jika tanah pertanian, biasanya minima 1 ekar untuk 1 geran selepas pecah tanah. Boleh convert ke tanah bangunan jika nak pecah.

2. Jika terdapat bangunan sedia ada atas tanah tersebut, biasanya perlu buat survey untuk ambil detail dahulu. Ini supaya bila bahagi nanti, tiada bangunan atau struktur kekal yang terbahagi dalam geran berbeza.

3. Kiraan Fee ini adalah anggaran sahaja dan bergantung kepada lokasi tanah dan beberapa faktor lain. Fee untuk survey detail adalah dalam RM2000 – jika survey detail perlu. Fee untuk pecah bahagian termasuk pre-computation adalah bergantung kepada jenis kegunaan tanah. Tapi lebih kurang RM2500 maksimum. Sekali lagi saya nyatakan, fee ini adalah anggaran kasar sahaja.

4. Bayaran kepada pejabat tanah adalah minimum kecuali jika mahu tukar syarat kegunaan tanah. Penukaran syarat akan melibatkan premium yg dikira berdasarkan nilai semasa tanah.Info tambahan:

Sedikit penjelasan mudah tentang pengurusan hakmilik terma tanah. Penjelasan penuh sila rujuk KTN1. Penyatuan Tanah- 2 atau lebih lot tanah yang bersebelahan yang dipegang oleh satu pemilik dicantumkan menjadi 1 lot.2. Pecah Sempadan Tanah – Tanah dipecah sempadan kepada 2 atau lebih bahagian. Tiap-tiap bahagian dipegang oleh pemilik atau pemilik-pemilik mengikut bahagian dalam geran asal sebelum Pecah Sempadan. Pemilik sama, geran banyak.3. Pecah Bahagian Tanah – Tanah dipecahkan kepada bahagian-bahagian mengikut seperti bahagian yg dinyatakan dalam hakmilik. Tiap-tiap lot baru akan dipegang mengikut bahagian. Pemilik-pemilik dapat geran ikut bahagian. Biasanya dalam pembahagian harta dan nak geran individu.Sumber: Putra-Mahkota.Com

Info Tanah: Tahukah ANDA??

1 ekar berapa meter?

1 ekar = 4.046.86 meter persegi atau lebih kurang (64m x 64m).

1 ekar berapa kaki persegi?

1 ekar = 43560 kaki pesegi = Luas (Panjang x Lebar)


1 ekar berapa hektar? 1 ekar = 0.4047 hektar1 hektar berapa ekar?

1 hektar = 2.471054 ekar1 relung berapa meter?

1 relung = 53.6448 m atau 176 kaki

Untuk melakukan perkiraan atau menukar nilai ukuran tanah sila rujuk link ini >> Convert-Me.Com

Sumber dari : http://www.afiffuddin.com/info-terkini/pecah-geran-tanah-prosedur-pecah-geran-tanah  banyak lagi pasal maslah2 tanah boleh didapati di laman web tu. ade mase u all bolehla jenguk untuk tahu lebih mendalam lg prosedur2 lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *